
KUCHING, 14 Oktober – 20 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah menerusi Op Tapis Khas selama tiga hari di sini yang berakhir pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
- Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM7,386.
- Polis merampas 6.08 gram syabu.
- Polis merampas 35 mililiter dadah disyaki cecair ganja.
- Tangkapan mengikut akta: 3 bawah Seksyen 39A(1), 5 bawah Seksyen 12(2), 12 bawah Seksyen 15(1)(a).
Ketua Polis Daerah Kuching Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu menerusi kenyataan memaklumkan, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM7,386.
“Polis turut merampas 6.08 gram syabu dan 35 mililiter dadah disyaki jenis cecair ganja sepanjang operas,” menurut kenyataan itu.
Daripada jumlah itu, tiga individu ditahan bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan lima individu ditahan mengikut Seksyen 12(2) akta sama .
Manakala 12 orang lagi ditahan bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.