‘Run With The Airforce’ tarik 10,000 peserta meriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan

Foto RTM

SHAH ALAM, 14 Jun – Program larian bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ‘Run With The Airforce‘ menjadi tumpuan utama dalam Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan yang berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 10,000 peserta menyertai program MBSA, mempromosi gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan komuniti.
  • Pelbagai aktiviti larian, kayuhan santai dan senamrobik disertai pengunjung, manakala persembahan Kombo MBSA menambah kemeriahan.
  • Sambutan Ulang Tahun Ke-68 TUDM menyemarakkan semangat patriotisme dan menghargai jasa anggota pertahanan negara.
  • MBSA sediakan aktiviti mesra keluarga dan pameran agensi termasuk EAR, SEDA, Perpustakaan Anggerik Vanilla serta Shah Alam On Wheel.

Kira-kira 10,000 peserta membanjiri lokasi program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu bagi menyertai pelbagai aktiviti yang mempromosikan gaya hidup sihat, di samping mengeratkan hubungan antara komuniti.

Selain ‘Run With The Airforce’, pengunjung turut mengambil bahagian dalam Larian Rakan Muda, ‘Purrfect Fun Run’, kayuhan santai dan senamrobik, manakala persembahan Kombo MBSA menambah kemeriahan suasana sepanjang acara berlangsung.

Program kali ini turut diserikan dengan sambutan Ulang Tahun Ke-68 TUDM yang menjadi platform untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai jasa dan pengorbanan anggota pasukan pertahanan negara dalam menjaga kedaulatan tanah air.

MBSA turut menyediakan pelbagai aktiviti mesra keluarga termasuk pertandingan mewarna, ‘Parrots Brothers’, taman permainan gergasi (inflatable playground), dan permainan karnival mini yang mendapat sambutan menggalakkan daripada kanak-kanak serta ibu bapa.

Turut diadakan pameran dan perkhidmatan daripada beberapa agensi termasuk Ekonomi dan Alam Sekitar (EAR), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA), Perpustakaan Anggerik Vanilla dan Shah Alam On Wheel (SAOW).

Pelepasan peserta larian disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zabidah Safar bersama Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhammad Norazlan Aris.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.