Turkiye kembali ke pentas Piala Dunia selepas 24 tahun

Vincenzo Montella, Ketua jurulatih Turkiye / REUTERS

VANCOUVER, 13 Jun– Turkiye bakal kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun apabila menentang Australia dalam aksi pembukaan Kumpulan D, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Turkiye terakhir beraksi di Piala Dunia 2002 dan menamatkan saingan di tempat ketiga.
  • Ketua jurulatih Vincenzo Montella mahu pemain kawal emosi, fokus penuh dan beraksi untuk membanggakan negara.
  • Kumpulan D dianggap seimbang; Australia sedia mencabar ramalan, turut diundi bersama AS dan Paraguay.

Kali terakhir Turkiye beraksi di kejohanan itu adalah pada edisi 2002 apabila menamatkan saingan di tempat ketiga.

Ketua jurulatih Turkiye, Vincenzo Montella berkata, pasukannya berdepan detik yang dinantikan sejak sekian lama.

Bagaimanapun, pemain perlu mengawal emosi dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan.

“Kami menunggu detik ini selama 24 tahun. Sudah tentu kami teruja, tetapi kami mahu beraksi dengan baik dan membanggakan negara,” katanya.

Montella turut menyifatkan saingan Kumpulan D sebagai seimbang dengan setiap pasukan mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, ketua jurulatih Australia, Tony Popovic berkata, pasukannya bersedia mencabar ramalan yang meletakkan Turkiye sebagai pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut.

Menurut beliau, Australia menghormati kekuatan lawan, namun tetap yakin mampu memberikan saingan sengit.

Turkiye diundi bersama Amerika Syarikat (AS), Paraguay dan Australia dalam Kumpulan D. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.