Pejabat Satelit JBG permudah akses bantuan guaman

Datuk Seri Azalina Othman Said/ BERNAMA

KOTA TINGGI, 13 Jun – Kewujudan Pejabat Satelit Jabatan Bantuan Guaman (JBG) perlu diperluas ke kawasan-kawasan luar bandar seluruh negara, bagi memudahkan komuniti setempat mendapatkan akses kepada sistem perundangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembukaan Pejabat Satelit JBG di Mahkamah Pengerang sebagai penanda aras usaha bawa sistem keadilan terus kepada rakyat.
  • Mengurangkan beban rakyat mendapatkan perkhidmatan perundangan dengan cara lebih mudah dan efisien.
  • Pastikan rakyat dilindungi dan sedar hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman.
  • Arahan sediakan bantuan di kawasan Parlimen pembangkang; surat kepada Ahli Parlimen untuk jadual pelaksanaan van Justice on Wheels.

Cadangan itu juga dilihat akan mengurangkan beban rakyat dalam mendapatkan perkhidmatan perundangan dengan cara lebih mudah serta efisien.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pembukaan Pejabat Satelit JBG di Mahkamah Pengerang, di sini menjadi penanda aras baharu usaha kerajaan membawa sistem keadilan terus kepada rakyat.

“Apabila bercakap tentang bantuan guaman, kita perlu memastikan rakyat dilindungi dan mengetahui bahawa mereka mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan tersebut.

“Sebab itu saya kaitkan perkara ini dengan van JOW, dan saya juga telah mengarahkan Ketua Pengarah supaya menyediakan bantuan di kawasan Parlimen pembangkang juga. Kita akan mengeluarkan surat kepada setiap Ahli Parlimen untuk mereka memilih hari mengikut negeri masing-masing bagi pelaksanaan program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Pejabat Satelit JBG di Mahkamah Pengerang, di sini.

Selain diperkukuh dengan khidmat bantuan guaman melalui perkhidmatan van bergerak Justice on Wheels (JOW) yang akan beroperasi secara bergilir-gilir di pejabat parlimen.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.