25,000 peserta seluruh negara disasarkan sertai program AI

Teo Nie Ching

MELAKA, 13 Jun – Kementerian Komunikasi menyasarkan seramai 25,000 peserta seluruh negara untuk menyertai Program Kecerdasan Buatan (AI) di semua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sehingga penghujung tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Timbalan Menteri Teo Nie Ching berkata pelaksanaan siri pertama bermula 6 Jun di NADI Kampung Padang Lalang, Tangkak dan akan diperluaskan ke semua 1,099 NADI.
  • Inisiatif bertujuan memastikan manfaat teknologi AI dinikmati secara inklusif oleh semua rakyat.
  • Kementerian minta MCMC merangka kerjasama dengan pelatih bersesuaian; program baharu dilaksanakan untuk tahun ini sahaja dan sudah dilancarkan.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, siri pertama pelaksanaan telah bermula pada 6 Jun lalu di NADI Kampung Padang Lalang, Tangkak dan akan diperluaskan di semua 1,099 NADI di seluruh negara.

Inisiatif berkenaan bertujuan untuk memastikan manfaat teknologi AI dapat dinikmati secara inklusif semua rakyat.

“Jadi, ini merupakan satu inisiatif dan program baharu. Ketika ini, kita telah meminta MCMC untuk merangka kerjasama dengan pelatih-pelatih yang bersesuaian bagi tujuan tersebut. Program ini memang baharu dan dilaksanakan untuk tahun ini sahaja, serta baru dilancarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Latihan Pendidikan Pencipta Kandungan TikTok Shop di Kesidang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.