Juventus lantik Carnevali sebagai CEO baharu ganti Comolli

Giovanni Carnevali/Reuters

MILAN, 12 Jun- Juventus melantik Giovanni Carnevali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurus besar baharu kelab itu selepas Damien Comolli meninggalkan jawatan tersebut secara persetujuan bersama susulan prestasi mengecewakan musim lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Comolli, bekas pengarah sukan Liverpool dan Tottenham serta bekas presiden Toulouse, berpisah selepas perbezaan pandangan mengenai perpindahan dan prestasi tidak konsisten.
  • Carnevali, 65, memainkan peranan utama di Sassuolo sejak 2014 dalam pembangunan pemain dan urusan perpindahan, mengekalkan kelab kompetitif di Serie A.
  • Juventus menamatkan saingan Serie A di tangga keenam, akan beraksi di Liga Europa dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara kepada Galatasaray agregat 7-5.

Perkara itu disahkan Juventus selepas mesyuarat lembaga pengarah pada Jumaat yang menyaksikan Comolli menamatkan tugasnya selepas hanya semusim bersama kelab gergasi Serie A itu.

Comolli, bekas pengarah sukan Liverpool dan Tottenham Hotspur serta bekas presiden Toulouse meninggalkan Juventus berikutan perbezaan pandangan berhubung urusan perpindahan pemain serta prestasi tidak konsisten pasukan.

Carnevali, 65, sebelum ini memainkan peranan penting dalam kejayaan kelab bola sepak Itali, Sassuolo sejak 2014 khususnya dalam pembangunan dan urusan perpindahan pemain sehingga menjadikan kelab itu kekal kompetitif di Serie A.

“Saya berbangga dan berbesar hati menyertai kelab dengan sejarah dan identiti yang begitu kukuh,” katanya.

Beliau berkata Juventus akan bekerjasama dalam semua aspek organisasi bagi memastikan kelab itu terus menjadi kuasa utama di peringkat domestik dan antarabangsa.

Juventus menamatkan musim Serie A di tangga keenam sekali gus beraksi dalam Liga Europa, selain tersingkir daripada Liga Juara-Juara musim lalu di peringkat play-off kepada Galatasaray dengan agregat 7-5. AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.