Piala Dunia: Messi jadi tumpuan utama sesi latihan Argentina

Foto AFP

KANSAS CITY, 12 Jun – Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi terus menjadi tumpuan utama apabila sesi latihan skuad Argentina menjelang Piala Dunia mencuri perhatian ratusan pengamal media pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 100 wartawan dan jurukamera membanjiri pusat latihan Sporting KC untuk merakam sesi latihan Argentina.
  • Messi kemungkinan beraksi dalam Piala Dunia terakhirnya sambil terus diharapkan memimpin pasukan selepas kejayaan 2022.
  • Argentina bersiap sedia mempertahankan gelaran, membuka saingan menentang Algeria, kemudian menghadapi Austria dan Jordan di Dallas.

Kira-kira 100 jurugambar, jurukamera dan wartawan membanjiri pusat latihan Sporting KC di Kansas City bagi merakam aksi pemain berusia 38 tahun itu yang berkemungkinan beraksi dalam kejohanan terakhirnya di pentas Piala Dunia.

Messi, yang merupakan antara ikon paling dikenali dalam sukan bola sepak dunia, dijangka sekali lagi memainkan peranan penting selepas kejayaan menakjubkan membantu Argentina menjulang kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar menerusi kemenangan dramatik penentuan sepakan penalti ke atas Perancis.

Argentina kini bersiap sedia mempertahankan kejuaraan apabila dijadual membuka saingan pada 16 Jun di Kansas City menentang Algeria, sebelum meneruskan aksi peringkat kumpulan bertemu Austria dan Jordan di Dallas.

Skuad juara dunia itu dilihat berada dalam fasa persiapan rapi bagi memastikan prestasi terbaik dapat dipamerkan dalam misi mempertahankan gelaran.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.