
KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan operasi dalam sistem kewangan.
RINGKASAN BERITA AI
- Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM42.70 bilion daripada RM44.86 bilion.
- Kecairan dalam sistem Islam meningkat kepada RM26 bilion daripada RM20.20 bilion.
- BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM42.70 bilion dan murabahah RM26 bilion untuk dana tiga hari.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM42.70 bilion daripada RM44.86 bilion sebelum ini, manakala kecairan dalam sistem Islam meningkat kepada RM26 bilion daripada RM20.20 bilion.
Terdahulu, BNM menjalankan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual beli balik).
Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM42.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM26 bilion, kedua-duanya untuk dana tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus pada 20 Ogos 2026. -BERNAMA