KM Sabah nasihat penduduk tidak panik, ikut arahan pihak berkuasa

Keadaan semasa di Semporna, Sabah dalam keadaan selamat setakat tengah hari tadi/Foto Bomba

KOTA KINABALU, 8 Jun – Penduduk di empat daerah pantai timur Sabah dinasihatkan supaya tidak panik dan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa susulan amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi kuat melanda Mindanao, Filipina pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penduduk diminta tidak panik dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.
  • JPBD di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu telah diaktifkan.
  • Kerajaan Negeri melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri sedang memantau keadaan.
  • MetMalaysia menjangka ombak tsunami setinggi 0.4 meter antara 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu telah diaktifkan bagi menangani situasi berkenaan.

“Adalah penting untuk rakyat kekal bertenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri sedang memantau keadaan di empat daerah berkenaan.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kenyataan bahawa ombak tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan berkenaan pada pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.