Pezeshkian dijadual hadiri UNGA di New York

Foto REUTERS

TEHRAN, 22 September – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian akan berlepas ke New York pada Selasa bagi menghadiri sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), lapor agensi berita rasmi IRNA.

RINGKASAN BERITA AI
  • Habibollah Abbasi, pengarah perhubungan awam pejabat Presiden, mengumumkan perkara itu dalam temu bual dengan IRNA.
  • Pezeshkian dijangka menyampaikan ucapan pada sesi Perhimpunan Agung PBB.
  • Beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai negara peserta persidangan.
  • Kerajaan AS sebelum ini tidak mengeluarkan visa kepada beberapa anggota delegasi Iran termasuk pasukan media presiden; kemudian memaklumkan visa akan dikeluarkan kepada beberapa pegawai kanan.

Pengarah perhubungan awam pejabat Presiden Iran, Habibollah Abbasi, mengumumkan perkara itu dalam satu temu bual dengan IRNA pada Isnin.

Abbasi berkata Pezeshkian akan menyampaikan ucapan pada sesi UNGA selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai negara yang mengambil bahagian dalam persidangan itu.

Beliau berkata kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini tidak mengeluarkan visa kepada beberapa anggota delegasi Iran, termasuk anggota pasukan media presiden.

Pada Khamis, kerajaan AS bagaimanapun memaklumkan bahawa visa akan dikeluarkan kepada beberapa pegawai kanan Iran bagi menghadiri sesi UNGA itu. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.