
PUTRAJAYA, 8 Jun – Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) disifatkan sebagai antara kejayaan terbesar Kementerian Komunikasi dalam menyampaikan penerangan mengenai dasar kerajaan kepada rakyat.
- Penerangan jelas mengenai inisiatif meningkatkan kefahaman rakyat dan mengurangkan kekeliruan pelaksanaan.
- Perdana Menteri memuji BUDI95 sebagai contoh usaha kementerian yang sangat membanggakan dan berkesan.
- Walaupun ada suara mengatakan harga minyak naik, penerangan jelas membantu mengatasi kekeliruan tersebut.
- Anwar ucap tahniah kepada Kementerian Komunikasi semasa Perhimpunan Bulanan atas kejayaan penerangan dasar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penerangan yang jelas mengenai inisiatif itu membantu meningkatkan kefahaman rakyat, sekali gus mengurangkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
“Kejayaan terbesar saya fikir di kementerian komunikasi adalah dalam soal BUDI95. Boleh diberi penerangan begitu jelas, ia tidak menimbulkan banyak masalah.
“Walaupun masih ada suara-suara mengatakan harga minyak naik, tapi BUDI95 satu contoh yang sangat membanggakan dan langkah yang berkesan oleh Kementerian Komunikasi. Saya ucap tahniah,” katanya.
Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga kementerian bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.