Amaran tsunami: Bomba Lahad Datu pantau perubahan situasi luar biasa

Agensi Pertahanan Awam Lahad Datu sedang memantau situasi terkini di pesisir pantai Lahad Datu/Foto Agensi Pertahanan Awam Lahad Datu

LAHAD DATU, 8 Jun – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu menjalankan pemantauan berterusan di kawasan berisiko sepanjang pesisir pantai daerah ini susulan amaran tsunami yang dikeluarkan berikutan gempa bumi kuat di Mindanao, Filipina pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemantauan diperluaskan ke daerah kecil Tungku melibatkan anggota bomba sukarela.
  • Tujuan pemantauan mengesan perubahan paras air laut atau situasi luar biasa memerlukan tindakan segera.
  • Ketua BBP Sumsoa Rashid menyatakan pasukan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
  • Akan terus bekerjasama dengan agensi keselamatan dan JPBD bagi memastikan keselamatan penduduk terpelihara.

Ketua BBP Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata pemantauan turut diperluas ke daerah kecil Tungku dengan penglibatan anggota bomba sukarela.

Pemantauan itu bagi mengesan sebarang perubahan paras air laut atau situasi luar biasa yang memerlukan tindakan segera.

“Kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan akan terus bekerjasama dengan agensi keselamatan serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terpelihara,” katanya ketika dihubungi RTM hari ini.

Berita penuh menyusul

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.