Bantu PMKS depani krisis bekalan global, program SINAR RM205 juta dilancar

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Program Sokongan Industri dan Perniagaan Rakyat (SINAR) bernilai RM205 juta dilancarkan bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi menghadapi cabaran ekonomi susulan krisis bekalan global ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • SINAR merangkumi lima inisiatif bantuan kewangan dan bukan kewangan untuk mengekalkan aliran tunai, meneruskan operasi dan memperkukuh daya tahan perniagaan PMKS.
  • Tiga program pembiayaan ditawarkan, pembiayaan sehingga RM5 juta pada kadar faedah antara 3 hingga 5 peratus setahun.
  • Penskalaan Perniagaan Inklusif ialah program pembangunan kapasiti, menyediakan geran sehingga 90 peratus bagi PMKS yang integrasikan komuniti inklusif.
  • Permohonan dibuka mulai 8 Jun 2026; skim peningkatan kapasiti bermula 15 Jun; pemohon mesti mempunyai status PMKS; diskaun 50% pendaftaran 1 Jun–31 Ogos 2026.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim berkata SINAR merangkumi lima inisiatif melibatkan bantuan kewangan dan bukan kewangan bagi membantu PMKS mengekalkan aliran tunai, meneruskan operasi serta memperkukuh daya tahan perniagaan.

“Tiga program pembiayaan ditawarkan dengan jumlah pembiayaan sehingga RM5 juta pada kadar keuntungan atau faedah antara 3 hingga 5 peratus setahun.

“Selain pembiayaan, program Penskalaan Perniagaan Inklusif pula merupakan program pembangunan kapasiti yang menyediakan geran sehingga 90 peratus kepada PMKS yang mengintegrasikan komuniti inklusif dalam rantaian bekalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian pada Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia 2026 dan Mini Showcase Satu Daerah Satu Industri Peringkat Johor di Plaza Angsana Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohamad Alamin serta Ketua Setiausaha KUSKOP, Khairul Dzaimee Daud.

Permohonan kesemua inisiatif di bawah SINAR dibuka mulai 8 Jun 2026 kecuali skim peningkatan kapasiti dan keupayaan PMKS bermula 15 Jun 2026.

Sementara itu, Steven berkata pemohon perlu mempunyai status PMKS bagi melayakkan permohonan mana-mana inisiatif di bawah SINAR.

Bagaimanapun, bagi yang belum mempunyai status PMKS berkenaan, boleh berbuat demikian dengan tawaran diskaun sebanyak 50 peratus bagi tempoh 1 Jun sehingga 31 Ogos 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.