
TAPAH, 6 Jun – Pendaki wanita yang dilaporkan hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, ditemukan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh petang tadi.
- Ditemukan oleh seorang penduduk kampung kira-kira pukul 3.00 petang ketika berada di kawasan berkenaan.
- Penduduk tersebut memaklumkan penemuan itu kepada anak saudara mangsa yang berada di Johor sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.
- Kini mangsa berada di rumah Tok Batin tempatan menunggu tindakan lanjut pasukan penyelamat dan pihak berkuasa.
- Operasi akan diteruskan bagi tujuan dokumentasi serta pengesahan rasmi identiti mangsa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa ditemukan seorang penduduk kampung kira-kira pukul 3.00 petang ketika berada di kawasan berkenaan.
Menurut beliau, penduduk terbabit kemudian memaklumkan penemuan itu kepada anak saudaranya yang berada di Johor sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.
Katanya, ketika ini mangsa berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara menunggu tindakan lanjut pasukan penyelamat dan pihak berkuasa.
Operasi berkaitan kes berkenaan dijangka diteruskan bagi tujuan dokumentasi serta pengesahan rasmi identiti mangsa.