Program ‘Belia on Sungai’ perkukuh usaha pelihara alam sekitar

Foto RTM

PETALING JAYA, 6 Jun – Pejabat Parlimen Damansara terus memperkukuh usaha memelihara alam sekitar menerusi penganjuran Program Belia on Sungai (BOS) di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • BOS menghimpunkan komuniti setempat dan mahasiswa universiti dalam aktiviti pembersihan sungai.
  • Pendekatan berasaskan komuniti memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kelestarian alam sekitar.
  • Program melibatkan Pejabat DUN, MBPJ dan tiga institusi pengajian tinggi sebagai rakan pelaksana.
  • Aktiviti gotong-royong dan pertandingan antara kumpulan menggalakkan semangat kerjasama serta kesedaran penjagaan sungai.

Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo berkata program itu menghimpunkan komuniti setempat dan mahasiswa universiti dalam aktiviti pembersihan sungai.

Menurut beliau, pendekatan berasaskan komuniti penting bagi memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan melestarikan alam sekitar.

“Kita akan pastikan lebih banyak program seperti ini dilaksanakan bagi meningkatkan semangat untuk bersama-sama memelihara alam sekitar, khususnya kawasan sungai,” katanya ketika ditemui pada program tersebut.

Pelaksanaan BOS dijayakan beberapa pihak termasuk Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) serta tiga institusi pengajian tinggi.

Selain aktiviti gotong-royong, program turut dimeriahkan dengan pertandingan antara kumpulan yang menggalakkan semangat kerjasama.

Gobind berkata program seumpama itu akan diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pihak bagi memperluas kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.