Tentera Lubnan masuk bandar di selatan selepas pengunduran Israel

Tentera Lubnan mara di perkampungan sempadan selatan Debbine pada 4 Jun 2026, ketika tentera Israel memulakan pengunduran/ AFP

ISTANBUL, 4 Jun – Tentera Lubnan mula memasuki bandar selatan Dibbine pada Khamis berikutan pengunduran tentera Israel dari kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Lubnan bergerak ke bandar di daerah Marjayoun selepas pengunduran tentera Israel.
  • Penggerakan dilakukan selepas beberapa hari peningkatan ketegangan, tembakan meriam dan operasi perobohan yang menjejaskan bandar serta sekitarnya.
  • Langkah dibuat sehari selepas perjanjian memperbaharui gencatan senjata dan mewujudkan 'zon perintis' di mana tentera Lubnan diberi kawalan eksklusif.
  • Perjanjian diumumkan selepas rundingan pusingan keempat yang ditaja AS di Jabatan Negara, susulan minggu serangan Israel yang membunuh lebih 3,500 orang.

Agensi Berita Nasional (NNA) milik kerajaan Lubnan melaporkan unit tentera Lubnan bergerak ke bandar di daerah Marjayoun sejurus selepas tentera Israel berundur.

Pengerahan itu dilakukan selepas beberapa hari peningkatan tentera, tembakan meriam dan operasi perobohan yang menjejaskan bandar dan sekitarnya, menurut agensi itu.

Langkah berkenaan dibuat sehari selepas Lubnan dan Israel bersetuju untuk memperbaharui gencatan senjata mereka yang rapuh dan mewujudkan “zon perintis”, meletakkan tentera Lubnan dalam kawalan wilayah eksklusif dengan semua pelaku bukan negara dikecualikan.

Perjanjian itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pusingan keempat rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) sebagai pengantara yang diadakan di Jabatan Negara pada Rabu.

Rundingan yang ditaja AS itu selepas beberapa minggu serangan Israel yang hampir setiap hari ke atas Lubnan, membunuh lebih 3,500 orang sejak 2 Mac, walaupun gencatan senjata berkuat kuasa pada 17 April dan kemudiannya dilanjutkan hingga awal Julai.- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.