Bintang Kecil platform bina keyakinan, potensi seni persembahan

Ratena Sari Idris

SEREMBAN, 4 Jun – Pencarian bakat Bintang Kecil NEGERIfm 2026 terus menjadi platform untuk membina keyakinan diri kanak-kanak, mengasah potensi serta memberi peluang kepada bakat muda untuk menyerlah dalam bidang seni persembahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tujuh peserta terbaik akan mara ke pentas akhir pada 27 Jun sempena Festival Rentak Negeri di Port Dickson.
  • Peserta akhir diwajibkan mempersembahkan lagu yang menggambarkan tradisi dan adat istiadat Negeri Sembilan.
  • Pencarian diadakan dua hari di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, berakhir pada Jumaat bermula 8 pagi hingga 4 petang.
  • Penyertaan terbuka untuk kanak-kanak warganegara Malaysia umur tujuh hingga 12 tahun; perlu nyanyikan lagu irama Malaysia, lagu komersial dan lagu loghat Negeri Sembilan.

Menurut Penerbit Bintang Kecil NEGERIfm, Ratena Sari Idris, seramai tujuh peserta terbaik bakal mara ke pentas akhir pada 27 Jun ini bersempena dengan Festival Rentak Negeri di Port Dickson.

“Program ini kita jadikan sebagai platform untuk membina keyakinan diri kanak-kanak, mengasah potensi serta memberi peluang kepada bakat muda menyerlah.

“Selain itu, program ini turut mengetengahkan identiti Negeri Sembilan kerana peserta yang berentap di peringkat akhir Festival Rentak Negeri diwajibkan mempersembahkan sebuah lagu yang menggambarkan tradisi dan adat istiadat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini hari ini.

Pencarian bakat Bintang Kecil NEGERIfm 2026 selama dua hari yang berakhir pada Jumaat pada pukul 8 hingga 4 petang itu diadakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.

Antara syarat penyertaan, terbuka kepada kanak-kanak wargan Malaysia berumur tujuh hingga 12 tahun dan perlu menyanyikan lagu penuh irama Malaysia, lagu komersial dan lagu loghat Negeri Sembilan.

Dalam pada itu orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai bakat Bintang Kecil NEGERIfm 2026 menerusi laman sosial rasmi NEGERIfm Official.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.