3,208 kekosongan jawatan dibuka untuk veteran ATM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PUTRAJAYA, 4 Jun – Sebanyak 3,208 kekosongan jawatan dalam sektor pengangkutan dikenal pasti untuk anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama strategik MOT dan MINDEF untuk memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional TVET anggota ATM.
  • Peluang pekerjaan merangkumi subsektor pelabuhan, logistik, rel, pengangkutan awam, pengangkutan darat dan rantaian bekalan.
  • Inisiatif dianggap perubahan besar yang memberi peluang kepada veteran menceburi bidang pengangkutan dan logistik.
  • Pendekatan mengelakkan budaya kerja silo, mempercepat tindakan dan memastikan veteran terus menyumbang kepada ekonomi serta industri.

Peluang pekerjaan itu diwujudkan menerusi kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peluang pekerjaan itu meliputi subsektor pelabuhan, logistik, rel, pengangkutan awam, pengangkutan darat dan rantaian bekalan.

“Hari ini kita saksikan satu ‘game changer’ yang telah saya impikan sejak saya menjadi Menteri Pertahanan dahulu.

“Bukan sahaja untuk memberi peluang kepada para veteran menceburi bidang pengangkutan dan logistik, tetapi juga untuk memastikan mereka terus menjadi tenaga kerja berkualiti yang diperlukan negara,” katanya pada Majlis Kerjasama Strategik MOT dan MINDEF bagi Pemerkasaan TVET Anggota ATM di sini, hari ini.

Katanya, inisiatif itu turut mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap anggota tentera yang bakal bersara agar mereka dapat terus menyumbang kepada ekonomi negara.

Tambah beliau, pendekatan tersebut turut mengelakkan budaya kerja secara silo serta memastikan tindakan lebih pantas yang memberi manfaat langsung kepada rakyat dan industri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.