Anggota polis dituduh minta dan terima suapan

Foto RTM

ALOR SETAR, 3 Jun – Seorang anggota polis berpankat Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM1,500.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.
  • Didakwa meminta suapan daripada Siti Nur Shazira untuk halang tindakan terhadap Mohd Firdaus berkaitan memiliki barang curi.
  • Didakwa menerima suapan daripada individu sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Firdaus.
  • Mahkamah benarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin; sebutan semula ditetapkan pada 20 Julai.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh secara rasuah didakwa meminta suapan sebanyak RM1500 daripada Siti Nur Shazira Ahmad Salleh sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Firdaus Ahmad Yudin atas kesalahan memiliki barang curi.

Kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 itu dilakukan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada pukul 9 malam, 2 Februari tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh secara rasuah menerima suapan berjumlah RM1,500 daripada individu yang sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Mohd Firdaus atas kesalahan memiliki barang curi.

Kesalahan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 dilakukan di lokasi yang sama pada pukul 9 malam, 3 Februari tahun lalu.

Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.