
KLUANG, 3 Jun – Reman ke atas remaja lelaki berusia 19 tahun yang terlibat kes kemalangan meragut lima nyawa di Jalan Renggam – Simpang Renggam di sini disambung sehari.
- Permohonan sambung reman dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kluang, Mujib Saroji bagi membolehkan siasatan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor untuk arahan lanjut mengenai tindakan pendakwaan.
- Suspek ditahan dua hari lalu, dipercayai memandu melulu bersama abangnya yang hilang kawalan dan melanggar empat buah kereta.
- Empat sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak 10 tahun, maut di lokasi; abang suspek meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Permohonan sambung reman dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kluang, Mujib Saroji bagi membolehkan siasatan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dijalankan.
Kertas siasatan berhubung insiden berkenaan dijangka dirujuk ke Pejabat Penasihat (Undang-Undang) Negeri Johor hari ini bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung tindakan pendakwaan.
Suspek ditahan dua hari lalu dipercayai memandu secara melulu bersama sebuah lagi kereta dipandu abangnya, yang hilang kawalan dan melanggar empat buah kereta.
Empat sekeluarga, termasuk seorang kanak – kanak sepuluh tahun meninggal dunia di lokasi.
Manakala abang suspek meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.