
TEMERLOH, 2 Jun – Operasi mencari dan menyelamat seorang individu yang dikhuatiri lemas ketika menyeberangi sungai di Kampung Perangap, dilancarkan.
RINGKASAN BERITA AI
- Mangsa dikenal pasti sebagai Samsul Azmi Ishury.
- Panggilan kecemasan diterima JBPM pada pukul 7.30 pagi.
- Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dihantar ke lokasi.
- Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Bukit Angin turut serta; penilaian awal dilaksanakan.
Mangsa, Samsul Azmi Ishury, 41 tahun dilapor dihanyutkan arus sungai, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa mengesahkan panggilan kecemasan diterima pihaknya pada pukul 7.30 pagi.
Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh ke lokasi insiden.
Turut serta, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin.
Penilaian awal dilaksana sebelum operasi mencari dan menyelamat, dijalankan.