
KUALA LUMPUR, 1 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kekal menjadi benteng pertahanan ruang udara negara dengan penuh keberanian, profesionalisme dan pengorbanan demikian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Perdana Menteri berharap pasukan terus unggul, berwibawa dan sentiasa bersedia menggalas amanah demi keselamatan negara.
- Khidmat, jasa dan dedikasi anggota serta veteran TUDM amat dihargai dalam memastikan kedaulatan dan keamanan negara terpelihara.
- Al-Fatihah untuk anggota TUDM yang meninggal, doa agar roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
- Perdana Menteri mengucapkan selamat ulang tahun ke-68 kepada TUDM; Hari TUDM disambut setiap 1 Jun.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berharap agar pasukan itu terus unggul, berwibawa dan sentiasa bersedia menggalas amanah demi keselamatan negara.
“Khidmat bakti, jasa dan dedikasi seluruh anggota dan veteran TUDM amat dihargai dalam memastikan kedaulatan, keselamatan dan keamanan Malaysia terus terpelihara.
“Al-Fatihah buat anggota TUDM yang telah pergi menghadap Ilahi, moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” menurut hantaran itu.
Perdana Menteri turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-68 kepada TUDM.
Hari TUDM disambut pada 1 Jun setiap tahun bagi memperingati penubuhannya sebagai pasukan pertahanan ruang udara negara.