Dewan Negeri Johor dibubar hari ini – Menteri Besar

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada sidang media khas di kediaman rasmi beliau di Saujana Johor Bahru / Foto RTM

JOHOR BAHRU, 1 Jun – Dewan Negeri Johor dibubar secara rasmi hari ini, selepas mendapat titah perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam sidang media khas di kediaman rasminya di Saujana.
  • Watikah pembubaran dipersembahkan dan diperkenankan selaras Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
  • Pembubaran bertujuan memberi laluan kepada proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri Johor, tertakluk kepada penetapan rasmi SPR.
  • Menteri Besar menyeru semua pihak, ahli politik, parti dan penyokong menghadapi pilihan raya dengan adab, tertib dan berhemah.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam sidang media khas di kediaman rasmi beliau di Saujana Johor Bahru, pada pukul 5 petang tadi.

Menurut Datuk Onn Hafiz, watikah pembubaran telah dipersembahkan dan diperkenankan selaras peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

“Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tertakluk kepada penetapan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Keputusan ini dengan niat untuk memastikan rakyat Johor terus memiliki sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh,” katanya dalam sidang media tersebut.

Beliau menyeru semua pihak termasuk ahli politik, parti dan penyokong menghadapi proses pilihan raya ini dengan adab, tertib dan berhemah.

Pengumuman tersebut dibuat selepas perjumpaan diadakan bersama ahli dewan negeri di Saujana Johor Bahru petang tadi.

PRN Johor ke-15 sebelum ini dilaksana pada Mac 2022, menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi majoriti 40 daripada 56 kerusi DUN.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.