Kenderaan mewah dikesan guna cukai jalan palsu

Perbezaan maklumat antara dokumen, menimbulkan keraguan

KOTA BHARU, 1 Jun – Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Kelantan mengesan tindakan pemalsuan dokumen cukai jalan, melibatkan kenderaan mewah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semakan SmED menunjukkan LKM dalam pangkalan data tamat pada 12 Julai 2025, tetapi pemandu mempamerkan salinan bertarikh 19 Ogos 2025.
  • Perbezaan maklumat antara dokumen menimbulkan keraguan semasa pemeriksaan.
  • Kes dikesan semasa pemeriksaan Op HRRA 2026, menurut sidang media.
  • Operasi 24 hingga 31 Mei memeriksa 4,694 kenderaan; 890 dikenakan tindakan, tujuh disita, 1,560 notis dikeluarkan.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah mengesahkan pelakuan itu dikesan dalam pemeriksaan operasi Hari Raya Aidiladha (Op HRRA) 2026.

“Semakan menerusi peranti penguatkuasaan pengurusan pintar (SmED) mendapati rekod dalam pangkalan data, menunjukkan cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan itu tamat tempoh, pada 12 Julai 2025.

“Pemandu kenderaan, bagaimanapun mempamerkan salinan LKM yang menunjukkan tarikh tamat tempoh, 19 Ogos ini.

“Perbezaan maklumat antara dokumen, menimbulkan keraguan,”katanya dalam sidang media selepas meninjau Op HRRA yang dilaksanakan di sini, malam tadi.

Beliau turut memaklumkan sepanjang operasi yang bermula 24 hingga 31 Mei itu, pihaknya telah memeriksa 4,694 kenderaan.

Daripada angka itu, 890 kenderaan telah dikenakan tindakan manakala tujuh kenderaan, disita.

Operasi seminggu itu juga menyaksikan, 1,560 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.