
KUCHING, 29 Mei – Dua lelaki tempatan berusia 25 dan 28 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi dan menghalang penjawat awam dalam satu kejadian di sekitar Jalan Tun Razak dan Jalan Sungai Apong, di sini pada awal pagi Khamis.
- Pasukan Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Sekama membuat tangkapan pukul 4.09 pagi selepas mengesan individu dalam keadaan mencurigakan.
- Suspek cuba melarikan diri lalu dikejar oleh anggota rondaan yang sedang menjalankan kawalan.
- Beberapa barangan dipercayai hasil curi dirampas termasuk mesin rumput dan sebuah motosikal.
- Ujian positif Amphetamine dan syabu; suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah; kes disiasat di bawah Seksyen 379 dan 186.
Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan dilakukan Pasukan Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Sekama pukul 4.09 pagi selepas kedua-dua suspek dikesan dalam keadaan
mencurigakan.
“Sebelum itu, polis cuba mengejar suspek selepas bertindak cuba melarikan diri ketika dihampiri anggota yang sedang menjalankan rondaan.
“Pemeriksaan mendapati beberapa barangan dipercayai hasil curi turut dirampas, termasuk sebuah mesin rumput dan motosikal,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua suspek didapati positif dadah Amphetamine dan syabu. Semakan rekod mendapati individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan kesalahan dadah terdahulu.
Kes disiasat bawah Seksyen 379 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.