Dua keluarga terjejas kebakaran di Padang besar terima sumbangan

Foto MAIPs

PADANG BESAR, 29 Mei – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menziarahi serta melawat dua keluarga terlibat dalam kebakaran rumah di sekitar Padang Besar.

RINGKASAN BERITA AI
  • MAIPs menyampaikan sumbangan awal untuk meringankan beban dua keluarga terjejas kebakaran.
  • Kedua keluarga terlibat ialah Md Khari Kamis (Kampung Kok Mak) dan Rusemiliawarni Ramli (Felcra Lubuk Sireh).
  • Sumbangan diharap membantu keperluan segera dan menunjukkan sokongan berterusan serta harapan agar mangsa tabah.

Dalam lawatan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyampaikan sumbangan awal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas kebakaran.

Keluarga pertama yang diziarahi ialah Md Khari Kamis di Kampung Kok Mak yang berlaku pada petang Rabu, manakala keluarga kedua ialah Rusemiliawarni Ramli yang berlaku di Felcra Lubuk Sireh pada Khamis.

Sumbangan itu diharap dapat membantu keperluan segera mangsa selain menjadi simbol sokongan berterusan MAIPs dalam memastikan kebajikan penduduk Perlis sentiasa diberi perhatian, khususnya ketika berdepan saat-saat sukar dan mencabar.

Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar kedua-dua mangsa dan keluarga terus diberikan ketabahan serta dipermudahkan segala urusan dalam membina semula kehidupan pasca musibah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.