
KUALA LUMPUR, 29 Mei -Hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi terus diperkukuh sekali gus meningkatkan keyakinan kerajaan meneruskan agenda pembangunan negara.
- Hubungan Malaysia dan Arab Saudi membantu urus cabaran ekonomi terutama isu bekalan tenaga.
- Negara memiliki bekalan minyak mentah dan diesel yang mencukupi buat masa kini.
- Pesanan teks daripada Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengukuhkan kepercayaan dan sokongan kerjasama dua negara.
- Kenaikan harga perlu ditangani, namun Perdana Menteri yakin rakyat akan menghadapinya secara berhemah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berkata hubungan erat antara kedua-dua negara turut membantu Malaysia mengurus cabaran ekonomi semasa termasuk isu berkaitan bekalan tenaga.
Beliau berkata, negara ketika ini mempunyai sumber minyak mentah dan diesel yang mencukupi selain menjalin kerjasama baik dengan kerajaan Arab Saudi.
“Saya baru sahaja menerima pesanan teks dari Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman minggu lepas bagi memastikan hubungan baik antara dua negara.
“Itu telah memberi kita banyak kepercayaan untuk teruskan dan fokus pada perkembangan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.
Beliau berkata, cabaran susulan kenaikan harga yang melambung perlu ditangani namun yakin rakyat Malaysia akan menghadapinya secara berhemah.
“Bagaimanapun, kita masih perlu berdepan isu kenaikan harga yang semakin meningkat, namun saya yakin rakyat Malaysia akan menanganinya dengan bijaksana,” kata beliau.