Hamas sahkan kematian ketua sayap bersenjata, Mohammed Odeh

Mohammed Odeh/AFP

GAZA, 28 Mei- Sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam mengesahkan ketuanya, Mohammed Odeh terbunuh dalam serangan Israel di Gaza City pada malam Selasa lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Briged Al-Qassam menyifatkan kematian Odeh sebagai syahid, menyalahkan Israel atas "operasi pembunuhan oleh pengecut".
  • Serangan turut mengorbankan isteri serta anak-anak; tiga anak disahkan maut termasuk dua lelaki dewasa dan seorang perempuan di bawah 18 tahun.
  • Hezbollah di Lubnan menyampaikan ucapan takziah dan menegaskan usaha Israel melemahkan perjuangan Palestin tidak akan berjaya.
  • Jenazah Odeh dan anggota keluarganya dikebumikan pada Rabu dengan kehadiran ratusan penduduk Palestin.

Dalam kenyataan rasmi, Briged Al-Qassam memaklumkan Odeh terkorban dalam “operasi pembunuhan oleh pengecut Israel”.

“Dengan penuh rasa bangga, maruah dan keteguhan, Briged Al-Qassam mengumumkan kesyahidan salah seorang pemimpin utama penentangan Palestin,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama memaklumkan serangan berkenaan turut mengorbankan isteri serta anak-anak Odeh.

Seorang pegawai Hamas turut mengesahkan bahawa tiga anak Odeh maut dalam serangan tersebut termasuk dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia bawah 18 tahun.

Sementara itu, kumpulan Hezbollah di Lubnan menyampaikan ucapan takziah atas kematian Odeh dan menegaskan usaha Israel untuk melemahkan perjuangan Palestin tidak akan berjaya.

Menurut Hezbollah, semua cubaan Israel untuk “melemahkan penentangan dengan menyasarkan pemimpin dan pejuangnya” akan berakhir dengan kegagalan.

Jenazah Odeh dan anggota keluarganya dikebumikan pada Rabu di Gaza City dengan dihadiri ratusan penduduk Palestin. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.