Guru lelaki direman bantu siasatan kes salah laku seksual pelajar

Foto hiasan

BESUT, 27 Mei -Seorang guru lelaki direman dua hari bagi membantu siasatan kes salah laku seksual membabitkan pelajar di sebuah sekolah, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek berusia 42 tahun tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 2.22 petang.
  • Suspek ditahan kira-kira pukul 3.25 petang semalam di kediaman keluarganya di Besut.
  • Penahanan dibuat selepas dua pelajar membuat laporan polis mengenai perbuatan tidak bermoral.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Besut hari ini selepas suspek ditahan polis semalam.

Perintah reman hingga esok itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri.

Suspek berusia 42 tahun tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 2.22 petang dengan diiringi anggota polis.

Terdahulu, suspek ditahan kira-kira pukul 3.25 petang semalam di kediaman keluarganya di Besut selepas dua pelajar membuat laporan polis berkaitan perbuatan tidak bermoral berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.