Pakar perlembagaan bantu polis siasat kenyataan Tony Pua

Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua – Foto BERNAMA

KAJANG, 26 Mei – Polis akan mendapatkan pandangan pakar akademik bagi membantu siasatan berhubung kenyataan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, yang didakwa menyentuh isu kuasa raja dan Rukun Negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis akan mendapatkan pandangan pakar Perlembagaan Persekutuan untuk membantu siasatan, dengan keterangan dijangka pada 3 Jun.
  • Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
  • Polis menerima 120 laporan dan telah merakam percakapan 95 saksi; Tony Pua dipanggil memberi keterangan beberapa hari selepas laporan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, pakar berkenaan dijangka akan memberi keterangan pada 3 Jun depan.

Beliau berkata, pandangan akademik itu diperlukan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Dalam siasatan ini, kita akan mendapatkan pandangan seorang pakar akademik dalam bidang Perlembagaan Persekutuan untuk membantu memberi kefahaman dari sudut perundangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak polis menerima sebanyak 120 laporan polis berhubung kes berkenaan, selain 95 saksi telah dirakam percakapan setakat ini.

“Tony Pua juga sudah dipanggil memberi keterangan beberapa hari selepas polis menerima laporan berkaitan hantaran Facebook berkenaan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.