10 kelasi India dibebaskan Iran

Foto fail/REUTERS

NEW DELHI, 27 Mei -10 kelasi India yang ditahan di Iran sejak Julai 2025 di atas sebuah kapal tangki minyak telah dibebaskan selepas “usaha diplomatik berterusan” antara kedua-dua negara, , menurut pihak berkuasa perkapalan India pada Selasa malam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kesemua mereka dilaporkan ditahan selepas kapal MV Harbour Phoenix dipintas berhampiran Pelabuhan Jask.
  • Mereka melalui proses siasatan dan tahanan di Iran.
  • Proses membawa mereka pulang diselaraskan bagi memastikan keselamatan dan kepulangan secepat mungkin.

Kesemua mereka dilaporkan ditahan selepas kapal MV Harbour Phoenix dipintas berhampiran Pelabuhan Jask, sebelum melalui proses siasatan dan tahanan di Iran.

“Proses untuk membawa mereka pulang sedang diselaraskan bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi secepat mungkin,” menurut kenyataan Direktorat Jeneral Perkapalan India.

India dilaporkan mengamalkan pendekatan diplomasi senyap serta mengelakkan kenyataan terbuka sepanjang rundingan pembebasan berkenaan.

Tiada butiran lanjut diberikan mengenai sebab penahanan atau status kapal tersebut. -AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.