Kampung Kuala Mengkuang sasar jadi model Kampung Angkat MADANI Nasional

Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 23 Mei – Penarafan Kampung Kuala Mengkuang sebagai Kampung MADANI oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) berjaya membawa pelbagai transformasi fizikal termasuk naik taraf infrastruktur bagi keselesaan penduduk dan pelancong.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kampung ini dijadikan kampung angkat MADANI setelah dipersetujui dan diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Acara Eco Ride dijalankan sebagai cetusan idea untuk mengangkat kampung menjadi destinasi eko-pelancongan.
  • Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib menyertai kayuhan 14 kilometer, diiringi isteri serta isteri Perdana Menteri.
  • Usaha pembangunan ekopelancongan diselaraskan MPBPP, ICU JPM dan PERDA untuk merancakkan gastronomi tradisional serta ekonomi komuniti.

Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP), Tan Sri Khalid Ramli berkata, projek pembangunan bersasar itu merangkumi peningkatan koridor jalan, pemasangan lampu solar, serta pemuliharaan sungai demi menyokong ekosistem pelancongan setempat.

“Pelbagai program dan projek telah dilaksanakan di Kampung Kuala Mengkuang ini yang dijadikan kampung angkat MADANI setelah dipersetujui serta diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim”, katanya.

“Acara ‘Eco Ride’ hari ini menjadi satu cetusan idea supaya kampung ini juga dapat diangkat sebagai sebuah destinasi eko-pelancongan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Acara ‘Eco Ride’ hari ini menjadi satu cetusan idea supaya kampung ini juga dapat diangkat sebagai sebuah destinasi eko-pelancongan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, usaha mengangkat potensi kampung berkenaan disemarakkan lagi dengan keberangkatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib yang meluangkan masa menyertai acara kayuhan Kuala Mengkuang Eco Ride 2026 sejauh 14 kilometer.

Turut mengiringi ialah isteri, Toh Puan Raja Datuk Datin Seri Noora Ashikin Raja Abdullah, serta isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam acara kayuhan tersebut, mereka turut melakukan persinggahan di beberapa lokasi tumpuan termasuk Arca Kuala Mengkuang serta projek seni mural pada jambatan landasan kereta api yang melakar sejarah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records (MBOR).

Mengulas lanjut, Khalid berkata usaha pembangunan ekopelancongan di kawasan itu akan terus digerakkan secara bersepadu melibatkan MPBPP, ICU JPM, dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bagi merancakkan lagi gastronomi tradisional serta aktiviti ekonomi komuniti setempat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.