Lebih 269,000 tiket ETS terjual sempena Aidiladha

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al-Bakri

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Lebih 269,000 tiket perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) telah terjual bagi perjalanan bermula 22 Mei sehingga 7 Jun bersempena perayaan Hari Raya Aidiladha.

RINGKASAN BERITA AI
  • KTMB memaklumkan 78 peratus daripada tiket yang ditawarkan telah terjual.
  • Jumlah 347,220 tempat duduk ditawarkan termasuk 67,410 tempat duduk tren tambahan; masih kira-kira 70,000 tempat duduk untuk dijual.
  • KTMB memperkenalkan kempen MADANI 30, menawarkan potongan sehingga 30 peratus bagi tiket ETS dan perkhidmatan tren terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al-Bakri memaklumkan angka itu merangkumi 78 peratus daripada keseluruhan tiket yang ditawarkan kepada pengguna.

Beliau berkata secara keseluruhan, sebanyak 347,220 tempat duduk ditawarkan dengan 67,410 daripadanya melibatkan tren tambahan.

“Buat masa ini, terdapat 70,000 tempat duduk yang masih ada untuk dijual. Sekiranya ia habis terjual, kita akan lihat sekiranya ada peluang untuk kita menawarkan tempat duduk tambahan.

Dengan cuti yang panjang tahun ini, Hari Wesak, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, dan hari raya..kita menyediakan tempat duduk yang terbesar berbanding tahun lepas dan hari raya tahun ini.

“Ada lagi 70,000 tempat duduk, saya syorkan penumpang untuk cepat membeli dan membuat persiapan awal dalam kita memastikan semua dapat pulang ke kampung dalam keadaan cepat dan selamat”, katanya ketika ditemui Berita RTM.

Datuk Azlan Shah memaklumkan antara laluan yang mencatatkan permintaan tiket yang tinggi ialah KL Sentral – JB Sentral – KL Sentral dan KL Sentral- Padang Besar – KL Sentral dengan masing-masing merekodkan jualan tiket sebanyak 88 peratus dan dan 82 peratus.

Katanya, pihak KTMB juga akan memastikan kesiapsiagaan set tren pada tahap optimum, selain menempatkan pegawai bertugas di stesen-stesen utama bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang dan operasi agar tindak balas segera dapat diberikan.

Selain aspek operasi, KTMB turut memperkenalkan inisiatif khas bagi menambah baik pengalaman perjalanan pengguna sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan.

Ia termasuk tawaran diskaun menerusi kempen MADANI 30 hasil kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi pembelian tiket ETS dan beberapa perkhidmatan tren terpilih tertakluk kepada syarat ditetapkan.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.