18 pesalah jalani PKM di Kulai

Foto RTM

KULAI, 23 Mei – Seramai 18 pesalah berusia antara 21 hingga 57 tahun menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) ke-9 di Johor dengan melaksanakan kerja pembersihan di sekitar daerah Kulai, melibatkan kawasan longkang, tandas awam, siar kaki dan jalan awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • PKM bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan tanggungjawab sosial terhadap persekitaran.
  • Johor merekodkan 13 daripada 101 lokasi panas pembuangan sampah, antara negeri dengan kadar tertinggi.
  • Sebanyak 7,919 Notis Pemberitahuan Kesalahan dikeluarkan di tujuh negeri; 5,708 warganegara, 2,211 warga asing.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid bin Mohamed berkata, pelaksanaan PKM itu bertujuan memberi kesedaran kepada pesalah mengenai kepentingan menjaga kebersihan serta tanggungjawab sosial terhadap persekitaran.

“Setakat ini sebanyak 13 daripada 101 lokasi panas berisiko tinggi pembuangan sampah di seluruh negara dikenal pasti berada di Johor, menjadikannya antara negeri tertinggi terlibat dalam isu berkenaan.

“Lokasi panas lain termasuk Pahang dengan 24 lokasi, Negeri Sembilan (21), Wilayah Persekutuan (17), Melaka (12) serta Perlis sebanyak lima lokasi,” katanya.

Dalam pada itu, Khalid turut menyatakan, sebanyak 7,919 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan di tujuh negeri melibatkan 5,708 warganegara tempatan dan 2,211 warganegara asing atas pelbagai kesalahan berkaitan pembuangan sampah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.