Navone tundukan Ruud, bakal bertemu Tien di pusingan akhir Tebuka Geneva

Mariano Navone/Foto Reuters

GENEVA, 23 Mei – Pemain Argentina, Mariano Navone menewaskan juara tiga kali, Casper Ruud 7-5 6-2 untuk mara ke pusingan akhir Terbuka Geneva.

RINGKASAN BERITA AI
  • Navone menewaskan Casper Ruud 7-5, 6-2 untuk mara ke final Terbuka Geneva.
  • Beliau melakukan 27 'winner' dan memecah servis Ruud dalam enam daripada lapan peluang.
  • Navone dijadual bertemu pilihan keempat Learner Tien pada perlawanan akhir.
  • Tien menewaskan Alexander Bublik 6-1, 4-6, 7-6(5) dan merupakan finalis termuda Geneva sejak 1990.

Navone melakukan 27 pukulan ‘winner’ dan mematikan ‘servis’ pemain Denmark itu dalam enam daripada lapan peluang.

Beliau dijadual bertemu pilihan keempat kejohanan Learner Tien, yang menewaskan pilihan kedua Alexander Bublik, 6-1 4-6 7-6 (5).

Pemain berusia 20 tahun tersebut kehilangan empat mata dalam ‘tiebreak’ set ketiga, tetapi berjaya mengekalkan momentumnya dalam percubaan kelima

Tien merupakan pemain yang berjaya kepusingan akhir termuda sejak 1990 di Terbuka Geneva.-Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.