GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air pada Ahad

FOTO FB WISMA PUTRA

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Kesemua 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka tiba di Malaysia pada Ahad (24 Mei) ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua peserta dibebaskan dan berada dalam keadaan selamat di Istanbul, Turkiye.
  • Mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum pulang ke tanah air.
  • Kerajaan Malaysia menghargai bantuan dan sokongan Kerajaan Turkiye sepanjang proses pembebasan.
  • Kementerian memuji komitmen MAPIM dan Sumud Nusantara; misi tingkatkan kecaman antarabangsa terhadap sekatan Israel dan Malaysia kekal komited diplomasi untuk Palestin berdaulat.

Menurut Kementerian Luar, kesemua mereka telah dibebaskan semalam dan berada dalam keadaan selamat di Istanbul, Turkiye.

Mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum pulang ke tanah air.

“Kerajaan Malaysia turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang proses pembebasan serta kepulangan mereka dengan selamat,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar turut memuji komitmen teguh yang ditunjukkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) serta pasukan Sumud Nusantara.

“Walaupun flotila kemanusiaan itu dihalang daripada tiba di Gaza, misi berkenaan telah berjaya meningkatkan kecaman antarabangsa terhadap sekatan haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza, Palestin,” menurut kenyataan itu lagi.

Kementerian berkenaan memaklumkan Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha diplomatik bersama rakan antarabangsa dalam menjunjung prinsip kemanusiaan serta memperkukuh solidariti global ke arah penubuhan sebuah Negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.