Meloni kecam tindakan rejim zionis hina aktivis flotila ke Gaza

Antara aktivis flotila ke Gaza yang ditahan tentera rejim zionis Israel/Foto Reuters

ROME, 20 Mei – Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni mengecam keras sikap dan layanan rejim zionis Israel terhadap aktivis flotila ke Gaza yang ditahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan Israel dianggap melanggar maruah manusia, termasuk ramai warganegara Itali yang ditahan.
  • Meloni menuntut permohonan maaf rasmi dari Tel Aviv atas layanan buruk terhadap aktivis, terutama warga Itali.
  • Menteri keselamatan Itamar Ben Gvir memuat naik video aktivis tangan diikat, melutut dengan kepala mencecah lantai bot.
  • Rakaman bertajuk 'Selamat Datang Ke Israel' memaparkan puluhan aktivis di dek tentera sambil lagu kebangsaan dimainkan.

Beliau menyifatkan tindakan Tel Aviv tersebut keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir ketika memprovokasi salah seorang aktivis/Foto Reuters

”Adalah tidak dapat diterima bahawa para aktivis ini, yang antaranya terdapat ramai warganegara Itali, dikenakan layanan yang melanggar maruah sebagai seorang manusia,” tegasnya.

Beliau turut menuntut permohonan maaf daripada Tel Aviv atas layanan buruk terhadap aktivis, terutama warga Itali.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni/Foto Reuters

Meloni mengeluarkan kecaman tersebut selepas Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir memuat naik video aktivis yang ditahan dengan tangan diikat dalam keadaan melutut dengan kepala mencecah lantai bot di akaun X miliknya.

Dalam rakaman bertajuk ‘Selamat Datang Ke Israel’, Ben Gvir turut menayangkan berpuluh-puluh aktivis di atas dek bot tentera sambil mengumandangkan lagu kebangsaan Israel.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.