OIC kecam serangan ke atas masjid di San Diego

Insiden tembakan di masjid San Diego/Foto Reuters

JEDDAH, 20 Mei – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan masjid San Diego, yang mengorbankan beberapa individu tidak bersalah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Jenayah kebencian merupakan amaran tentang bahaya Islamofobia dan kebencian yang semakin meningkat terhadap umat Islam.
  • Penyebaran kandungan ekstremis dan anti-Islam di platform media sosial menyumbang kepada radikalisasi golongan muda.
  • Kandungan tersebut bukan sahaja meradikalkan tetapi turut mencetuskan keganasan.
  • Ucapan takziah mendalam disampaikan kepada keluarga mangsa.

Taha menegaskan, jenayah kebencian itu merupakan amaran jelas mengenai bahaya yang ditimbulkan oleh Islamofobia dan kebencian yang semakin meningkat terhadap umat Islam.

Beliau berkata, penyebaran kandungan ekstremis dan anti-Islam di platform media sosial menyumbang kepada golongan muda menjadi radikal dan mencetuskan keganasan.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah mendalam kepada keluarga mangsa.-Bernama

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.