Kes gangguan seksual babitkan Ketua Polis Daerah di Sarawak dipandang serius

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memantau rapat siasatan kes gangguan seksual melibatkan seorang Ketua Polis Daerah di Sarawak terhadap anggota bawahannya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Nancy Shukri menegaskan isu ini dipandang serius dan memuji keberanian mangsa tampil membuat laporan polis.
  • Beliau akan memantau perkembangan kes dan mengikuti siasatan kerana melibatkan individu yang sepatutnya menjadi pelindung.
  • Menteri mengibaratkan tindakan suspek sebagai 'harapkan pagar, pagar makan padi' yang mengecewakan.
  • Pesuruhjaya Polis Sarawak mengesahkan siasatan dijalankan, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan, pihaknya memandang serius isu tersebut, selain memuji keberanian mangsa tampil membuat laporan polis.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai ini kerana berani melaporkan. Kita akan memantau apa yang akan terjadi pada kes ini.

“Saya amat berminat mengikuti perkembangan kes ini kerana ia melibatkan individu yang sepatutnya menjadi pelindung, tetapi bertindak ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment, di sini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap suspek yang didakwa melakukan gangguan seksual beberapa kali ke atas mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.