Kuadran Malaysia mara ke separuh akhir

Pasukan kuadran negara melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Filipina 2-0 dalam aksi suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2026 di Stadium Titiwangsa – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Skuad kuadran negara berjaya melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Filipina 2-0 pada aksi suku akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, di sini, malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Barisan pemain: Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shaharil Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi.
  • Memenangi set 15-13 dan 15-10 untuk menamatkan perlawanan.
  • Set pertama sengit, skuad bangkit pada penghujung dengan aksi lebih kemas dan tenang untuk menang 15-13.
  • Set kedua lebih agresif, negara menguasai rentak sejak awal dan bakal berdepan Vietnam pada perlawanan seterusnya.

Pasukan negara dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shaharil Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan 15-13, 15-10.

Bagaimanapun, pada set pertama skuad kendalian Ahmad Jais Baharudin berdepan tentangan sengit dan saling mengejar mata dengan Filipina beberapa kali berada di hadapan.

Kuartet negara dibarisi Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Muhammad Shaharil Aiman Halim, Amirul Zazwan Amir dan Aidil Aiman Azwawi – Foto BERNAMA

Malaysia berjaya bangkit pada penghujung permainan sebelum mendahului 14-13 hasil aksi lebih kemas dan tenang ketika tekanan memuncak sebelum memenangi set pertama 15-13.

Pada set kedua, skuad negara tampil lebih agresif untuk mengawal permainan sejak awal.

Filipina cuba bangkit memberi tentangan namun pemain negara berjaya menguasai rentak permainan sebelum menamatkan aksi dengan kemenangan 15-10.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad negara melangkah ke separuh akhir esok dan bakal berdepan Vietnam yang mara selepas menumpaskan Brunei 2-0.

Sementara itu, Myanmar yang berjaya menumpaskan Thailand 2-1 di peringkat suku akhir bakal berdepan India yang terlebih dulu mara ke separuh akhir dengan menumpaskan Taiwan 2-0.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.