Liga Hoki Malaysia: TNB benam UiTM HA-KPT

TNB enggan peluang kepada pasukan lawan /Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memberi amaran kepada pencabar lain dalam Liga Hoki Malaysia (MHL) 2026, apabila membelasah UiTM HA-KPT 4-0 pada aksi di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Babak pertama berakhir tanpa jaringan.
  • Jang Jong Hyun buka jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-35.
  • Mohamad Akhimullah Anuar Esook menjaringkan dua gol, pada minit ke-38 dan ke-50.
  • Kemenangan mengukuhkan TNB di carta dengan 21 mata; UiTM kekal di tangga keempat dengan 10 mata.

Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, TNB mempamerkan taring pada suku ketiga menerusi jaringan pakar pukulan sudut penalti, Jang Jong Hyun pada minit ke-35.

Tiga minit kemudian, Mohamad Akhimullah Anuar Esook menggandakan kelebihan TNB selepas menyempurnakan peluang untuk meletakkan pasukannya selesa mendahului 2-0.

Akhimullah sekali lagi mencuri perhatian apabila menambah gol ketiga pasukan pada minit ke-50 hasil gerakan kemas jentera serangan pasukan tersebut.

Dominasi TNB diteruskan apabila Jong Hyun mudah menyempurnakan jaringan penalti pada minit ke-52 sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya 4-0.

Kemenangan itu menyaksikan TNB terus mengukuhkan kedudukan dalam carta liga dengan kutipan 21 mata, manakala UiTM HA-KPT pula kekal di tangga keempat dengan 10 mata.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.