
LUBNAN, 12 Mei – Sekurang-kurangnya 74 orang terbunuh akibat serangan udara Israel di Lubnan dalam tempoh tiga hari lalu meskipun gencatan senjata diumumkan bulan lalu antara tentera Israel dan Hizbullah.
- Pertempuran di sepanjang sempadan Israel-Lubnan terus memuncak, dengan letupan dan kepulan asap dilihat di beberapa kawasan sempadan.
- Seorang tentera Israel maut dalam serangan balas berhampiran sempadan selepas Hezbollah melancarkan dron ke wilayah Israel.
- Tehran menuntut jaminan keselamatan untuk Lubnan sebagai sebahagian cadangan menamatkan perang lebih meluas dan membuka semula Selat Hormuz.
- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan menolak cadangan Iran itu.
Kementerian Kesihatan Lebanon memaklumkan pertempuran di sepanjang sempadan Israel-Lubnan terus memuncak dengan letupan dan kepulan asap dilihat di beberapa kawasan sempadan pada Isnin.
Dalam pada itu, seorang tentera Israel maut dalam serangan balas berhampiran sempadan Lubnan selepas dron dilancarkan Hizbullah ke wilayah Israel.
Sementara itu, Tehran memaklumkan pihaknya menuntut jaminan keselamatan untuk Lubnan sebagai sebahagian daripada cadangan menamatkan perang lebih meluas dengan Amerika Syarikat serta pembukaan semula Selat Hormuz.
Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan menolak cadangan Iran itu.
Konflik Hizbullah-Israel kembali tercetus pada 2 Mac lalu selepas kumpulan itu melancarkan serangan ke atas Israel sebagai tanda sokongan kepada Tehran. – REUTERS