Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$129.7 bilion sehingga 30 April

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$129.7 bilion pada 30 April 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rizab meningkat berbanding AS$128.8 bilion setakat 15 April.
  • Paras rizab memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
  • Komponen utama termasuk rizab mata wang asing AS$113.8 bilion, rizab IMF AS$1.3 bilion, SDR AS$5.9 bilion dan emas AS$6.4 bilion.

Jumlah itu meningkat berbanding AS$128.8 bilion yang direkodkan setakat 15 April lalu.

BNM dalam satu kenyataan berkata, paras rizab tersebut memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

”Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$113.8 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion dan Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$5.9 bilion.

”Selain itu, emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$6.4 bilion dan AS$2.3 bilion,” jelas BNM.