10,677 warga PDRM terima APC 2025

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Seramai 10,677 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan khidmat bakti mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan tetapkan kuota lapan peratus menyebabkan saringan penerima APC sangat kompetitif.
  • Penerima merangkumi 1,090 pegawai kanan, 8,612 pegawai rendah dan 975 pegawai awam dari pelbagai jabatan.
  • Penilaian termasuk disiplin, rekod kehadiran, tahap kesihatan termasuk BMI serta penglibatan dalam aktiviti luar.
  • Integriti tetap teras utama manakala kecemerlangan diukur melalui kepuasan dan keyakinan masyarakat terhadap pasukan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penerima terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah serta pegawai awam daripada pelbagai jabatan.

“Kuota lapan peratus yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk anugerah itu menjadikan saringan penerima amat kompetitif.

“Berdasarkan kuota itu, 1,090 pegawai kanan polis, 8,612 pegawai rendah polis dan 975 pegawai awam dipilih,” katanya pada Majlis APC 2025 PDRM di Bukit Aman hari ini.

Antara penerima Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman Datuk Azman Abd Razak.

Tambah beliau, penilaian turut mengambil kira aspek disiplin, rekod kehadiran, tahap kesihatan termasuk Indeks Jisim Tubuh (BMI) serta penglibatan dalam aktiviti luar.

Tegasnya, integriti kekal sebagai teras utama dalam perkhidmatan, manakala kecemerlangan sebenar diukur melalui tahap kepuasan dan keyakinan masyarakat terhadap pasukan.