Gagal manfaat peluang jaringan punca Bayern tewas di Paris

Pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany./foto AFP

PARIS, 29 April – Gagal memanfaatkan deretan peluang menjadi punca Bayern Munich tewas menentang Paris Saint-Germain (PSG) 4-5 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bayern mencipta banyak peluang tetapi gagal menukarkannya kepada jaringan.
  • Kompany mempertikaikan penalti, kata bola terkena badan sebelum mengenai tangan.
  • Perlu lebih berkesan dan tajam di laman sendiri serta tidak memberi ruang kepada lawan.

Menurut pengendali Bayern Munich, Vincent Kompany, tumpuan tidak wajar hanya diberikan kepada lima gol yang dibolosi, sebaliknya Bayern turut mencipta beberapa peluang yang gagal disempurnakan.

“Kami mempunyai banyak peluang, tetapi tidak berjaya menukarkannya kepada jaringan.

“Di laman sendiri nanti, kami perlu lebih berkesan dan pada masa sama memastikan tidak memberikan ruang kepada lawan,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan keputusan menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan, yang menurutnya berlaku dalam situasi bola terkena badan sebelum mengenai tangan pemain.

“Saya tidak bersetuju dengan keputusan itu. Semua orang tahu peraturan bola tangan sering berubah, tetapi dalam situasi bola ditendang dari jarak jauh, terkena badan dahulu sebelum tangan, sukar untuk saya menerimanya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Kompany mengakui masih terdapat ruang untuk penambahbaikan menjelang aksi timbal balik di Munich, sambil menegaskan pasukannya perlu lebih tajam di hadapan gawang. – REUTERS