
SERIAN, 22 April – 10 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam Operasi Perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Serian dari 14 hingga 16 April lalu.
RINGKASAN BERITA AI
- Ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
- Operasi dijalankan di Serian, Siburan dan Balai Ringin melibatkan 10 pegawai serta anggota.
- Tahanan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah untuk siasatan lanjut dan pemulihan.
- Operasi bersepadu hasil risikan dan pemantauan berterusan bagi membanteras penyalahgunaan dadah di komuniti.
Kesemua individu yang berusia antara 22 hingga 59 tahun itu ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
AADK Serian dalam hantaran di Facebook memaklumkan, operasi dilaksana di Serian, Siburan dan Balai Ringin melibatkan 10 pegawai dan anggota.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi siasatan lanjut serta tindakan pemulihan.
Operasi bersepadu dilaksana hasil risikan dan pemantauan berterusan AADK bagi membanteras penyalahgunaan dadah di peringkat komuniti.