Memorandum persefahaman JMWP–ASAS perkukuh pendidikan kewangan Islam

Memperkasa kefahaman terhadap prinsip dan amalan kewangan Islam. Foto ARKIB

KUALA LUMPUR, 21 April – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) mengadakan pertemuan bersama Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) bagi sesi penyerahan memorandum persefahaman antara kedua-dua institusi tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • JMWP dan ASAS menandatangani memorandum persefahaman untuk mempererat kerjasama antara institusi fatwa dan industri kewangan Islam.
  • Kerjasama strategik bertujuan memperluas pendedahan serta pendidikan kewangan Islam kepada masyarakat dan pemain industri.
  • Program ilmiah, latihan dan perkongsian kepakaran akan dilaksanakan bagi membina kapasiti profesional asatizah, pegawai dan pemegang tauliah.

Kerjasama strategik itu dilihat mampu memperkukuh hubungan antara institusi kefatwaan dan pemain industri kewangan Islam dalam usaha memperluas pendedahan serta pendidikan berkaitan bidang berkenaan.

Inisiatif tersebut memberi tumpuan kepada peningkatan kefahaman dalam kalangan asatizah, khususnya pegawai serta pemegang tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Melalui kerjasama itu, pelbagai program ilmiah, latihan dan perkongsian kepakaran akan dilaksanakan bagi membina kapasiti profesional, di samping memperkasa kefahaman terhadap prinsip dan amalan kewangan Islam dalam kalangan masyarakat.

JMWP diwakili oleh Muftinya, Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzi, manakala ASAS diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Nazri Chik.