
JERLUN, 16 April – Pelbagai program ‘turun padang’ dan sesi penerangan sedang digerakkan bagi membantu rakyat memahami isu berkaitan subsidi diesel serta sektor pertanian.
- Pendekatan untuk mengelak orang ramai terpengaruh dengan berita palsu berkaitan isu bahan api.
- Kerjasama bersama agensi termasuk KPDN dan pemimpin komuniti setempat.
- Jerayawara bersama KPDN menerangkan isu semasa dan urusan pendaftaran diesel kepada petani.
- StarKompen akan terus membantu kerajaan menyampaikan maklumat berkaitan krisis tenaga global secara aktif.
Setiausaha Penerangan StarKompen Kedah, Muhammad Izuwan Iberahim berkata pendekatan itu bagi mengelak orang ramai terpengaruh dengan laporan berita palsu melibatkan sebarang isu bahan api.
Program tersebut turut melibatkan kerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pemimpin komuniti setempat.
“Menerusi jerayawara bersama pihak KPDN, isu semasa akan diterangkan kepada rakyat dan pihak yang terlibat dengan sektor pertanian.
Ini termasuk urusan pendaftaran membabitkan diesel dilakukan dari kampung ke kampung menerusi pemimpin komuniti,” katanya.
Beliau menegaskan, StarKompen akan terus membantu kerajaan dalam memainkan peranan aktif menyampaikan maklumat berkaitan krisis tenaga global.