Niaga hadapan KLCI tinggi dalam dagangan awal

Selepas 42 minit dagangan, FBM KLCI naik 2.52 mata kepada 1,685.94

KUALA LUMPUR, 16 April – Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI diniagakan tinggi pada Khamis di Bursa Malaysia Derivatives.
  • Kontrak April 2026 naik 8.0 mata, Mei 2026 tambah 7.0 mata, Jun 2026 naik 9.5 mata, September 2026 naik 9.0 mata.
  • Jumlah dagangan sebanyak 1,456 lot direkodkan.
  • Kepentingan terbuka berjumlah 35,711 kontrak.

Pada 9.24 pagi, kontrak April 2026 naik 8.0 mata kepada 1,687.50, Mei 2026 menambah 7.0 mata kepada 1,687.00, Jun 2026 naik 9.5 mata kepada 1,689.50 dan September 2026 melonjak 9.0 mata kepada 1,668.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,456 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,711 kontrak.

Selepas 42 minit dagangan, FBM KLCI naik 2.52 mata kepada 1,685.94 daripada 1,683.42 ketika ditutup pada Rabu. -BERNAMA