
Vincent Kompany meraikan jaringan bersama pemain ketika aksi suku akhir pertama Liga Juara Eropah antara Bayern Munich dengan Real Madrid / foto AFP
MUNICH, 15 April– Jurulatih Bayern Munich, Vincent Kompany mahu anak buahnya bersedia mental dan fizikal menjelang aksi timbal balik menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara Eropah, pada awal pagi Khamis.
- Bayern perlu elak kekalahan di tempat sendiri untuk pastikan kemaraan ke separuh akhir
- Persediaan fizikal dan mental adalah paling mustahak menjelang perlawanan timbal balik
- Intensiti berpasukan dan ketahanan mental pemain menjadi kunci dalam perlawanan penting ini
- Bayern mendominasi perlawanan terdahulu, Neuer cemerlang, sementara Michael Olise berada di landasan tepat
Tegasnya, Bayern perlu mengelak kekalahan di tempat sendiri bagi memastikan kemaraan ke kelompok empat pasukan terbaik, selepas menewaskan Los Blancos, 2-1 dalam aksi suku akhir pertama.
Katanya, intensiti berpasukan dan ketahanan mental pemain menjadi ‘kunci’ utama dalam perlawanan penting tersebut.
“Setiap perkara adalah penting dalam aksi sebegini. Tetapi bagi kami apa yang paling mustahak adalah persediaan fizikal dan mental.
“Kami juga menantikan perlawanan itu, ia adalah sesuatu yang diperlukan dan perlu diharungi dengan positif,” kata Kompany.
Dalam aksi terdahulu di Madrid, Bayern mendominasi sebahagian besar perlawanan, selain menyaksikan kecemerlangan penjaga gol, Manuel Neuer.
Kompany turut memuji corak permainan pemain sayap, Michael Olise sambil menyifatkan dia berada di landasan tepat untuk menjadi antara pemain terbaik Eropah. -AFP